Wednesday, August 11, 2010

Bulan Ramadhan Bulan Mulia - Kumpulan Nasyid Nada Murni

Bulan Ramadhan Bulan Mulia - Kumpulan Nasyid Nada Murni




Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan rahmat dan bulan berkat
Bulan kebajikan pahala berganda
Bulan keampunan doa diterima

Bulan ramadhan Quran diturunkan
Untuk panduan hidup manusia
Di dalamnya ada Lailatul Qadar
Kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan

Bulan ramadhan pintu neraka ditutup
Mereka yang diazab kubur direhatkan
Iblis dan syaitan kakinya dirantai
Sebagai memuliakan bulan ramadhan

Berlumba-lumbalah mencari keredhaan
Puasa di siangnya menghidupkan malam
Banyakkanlah doa lebihkan sedekah
Kawallah diri daripada dosa-dosa

Beriktikaflah di sepuluh akhir ramadhan
Jika ada peluang masa pun ada
Kerana ia sunnat yang digalakkan
Rasulullah tidak pernah meninggalkan

Ramadhan Ramadhan Ramadhan
Bulan Rahmat

Saya Muhammad Azril Bin Hamzah dan Isteri Azlina Binti Ahmad mengycapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang dicintai ini dan semoga kita dapat menambahkan amalan kita di bulan yang mulia ini.

No comments: